2019-nCov Ujian WhistlingTM Ujian Mudah Ag Air Liur (5 Ujian)

Whistling Test adalah immunoassay aliran lateral yang bertujuan untuk pengesanan kualitatif in vitro (dalam kaca) antigen N-protein dari 2019-nCoV dalam specimen air liur manusia. Ia direka untuk penggunaan yang mudah, keputusan yang cepat dan ketepatan yang tinggi. Ujian ini boleh digunakan untuk individu dengan atau tanpa gejala, atau atas factor epidemiologi lain yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Mengapa pilih ujian Whistling?

  • Mudah dan ringkas: Ujian satu langkah
  • Selesa: Tiada persampelan yang kompleks dan menyakitkan
  • Keputusan yang meyakinkan: ketepatan melebihi 95%
  • Keputusan dalam 10 minit!

Ujian Whistling ini telah mendapat kelulusan bersyarat untuk pengimportan dan pengedaran dari Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

Rujukan Kelulusan Bersyarat MDA: (22) MDA.600-1/6/27 Jld

Sila ambil perhatian: produk ini telah dibenarkan untuk dijual atau diedar di Malaysia. Merujuk kepada keperluan MDA, individu adalah dilarang menjual Covid-19 RTK (ujian kendiri) sama sekali.

Ujian Whistling – Arahan Penggunaan

Muat turun Arahan Penggunaan di sini:

Buka beg kerajang aluminium, keluarkan kaset.

Masukkan hujung penyerap Midstream ke dalam mulut. Pastikan Midstream dalam posisi mendatar. Letak bawah lidah selama 2 hingga 3 minit untuk mengumpul cecair mulut.

Keluarkan hujung penyerap dari mulut setelah warna ungu bergerak melintasi kawasan keputusan di tengah-tengah midstream. Tunggu selama 10 minit dan baca keputusan.

Daftar untuk menyemak nombor lot anda

Soalan yang sering ditanya (FAQ)

Siapa yang perlu menggunakan ujian ini?

Bagaimana saya boleh memastikan ujian yang saya beli adalah kit ujian Whistling yang asli?

Saya tidak melihat sebarang jejalur warna ungu bergerak merentasi tetingkap keputusan. Apa yang perlu saya lakukan?

Bolehkah saya mengeluarkan Ujian Whistling dan menyemak jalur warna ungu?

Bolehkah saya menggigit dan menghisap penyerap?

Apakah Maksud Keputusan Ujian Whistling Saya?

Bagaimana membaca keputusan Ujian Whistling

  • Tunggu 10 minit dan baca keputusan
  • Tempoh reaksi kurang daripada 10 minit boleh menyebabkan keputusan negatif palsu
  • Tempoh reaksi melebihi 10 minit boleh menyebabkan keputusan positif palsu

Positif (+)


Individu diminta pergi ke fasiliti kesihatan swasta, COVID-19 Assessment Centre (CAC) atau klinik kesihatan berhampiran bagi penilaian kesihatan dan tindakan seterusnya.

Negatif (-)


Terus mematuhi semua peraturan dan langkah perlindungan tempatan yang ditetapkan.

Tidak Sah


Ini menunjukkan bahawa proses pengunaan adalah salah atau kaset ujian telah rosak. Dalam perkara ini, sila baca manual arahan dengan teliti dan buat ujian lain dengan kaset ujian kendiri yang baru.

Procedur Pelepusan


Selepas ujian, masukkan semua alatan Kit Ujian Kendiri ke dalam beg biohazard yang disediakan. Melupuskan beg biohazard ke dalam tong sampah.  

Laporkan Keputusan

Semua keputusan Kit Ujian Kendiri COVID-19 sama ada positif, negatif atau invalid perlu dilaporkan secara self-reporting ke dalam aplikasi MySejahtera.

Layari sini untuk maklumat lanjut.

Nota: Keputusan negatif daripada ujian kendiri COVID-19 hanya menunjukkan protein virus yang menyebabkan COVID-19 tidak ditemui di dalam sampel anda. Sesetengah individu yang dijangkiti COVID-19 kemungkinan mendapat keputusan negatif disebabkan semakin lama jangkitan virus, jumlah antigen di dalam sampel semakin mengurang. Penggunaan ujian kendiri COVID-19 selepas hari ketujuh anda menunjukkan gejala, kemungkinan akan memberikan keputusan negatif jika berbanding dengan ujian molekul.

Sekiranya anda mendapat keputusan negatif daripada ujian kendiri COVID-19 tetapi masih mengalami gejala COVID-19 seperti demam, batuk dan/atau sesak nafas, anda harus pergi ke kemudahan pemeriksaan kesihatan segera untuk penilaian kesihatan lanjut.

Mengenai Ujian Whistling

Midstream adalah immunoassay aliran lateral yang bertujuan untuk pengesahan kualitatif in vitro antigen N-Protein dari 2019-nCoV dalam specimen air liur manusia. Kaedah Midstream boleh digunakan untuk individu dengan atau tanpa gejala, atau atas faktor epidomiologi lain yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Keputusan positif menunjukkan jangkitan 2019-nCoV. Sila kuarantin diri dan hubungi doctor. Ujian lanjutan diperlukan. Keputusan positif tidak menolak kemungkinan jangkitan bakteria atau jangkitan virus yang lain.

Keputusan negatif harus dianggap sebagai andaian. Ia tidak menolak kemungkinan jangkitan 2019-nCoV. Keputusan negatif perlu dipertimbangkan dengan konteks pendedahan, sejarah dan kemunculan tanda-tanda dan gejala klinikal pesakit yang padan dengan jangkitan COVID-19. Hubungi doctor dan sahkan dengan ujian PCR, jika perlu.

Produk ini adalah untuk kegunaan ujian kendiri.

Sila ambil perhatian: produk ini telah dibenarkan untuk dijual atau diedarkan di Malaysia. Merujuk kepada keperluan MDA, individu adalah dilarang menjual Covid-19 RTK (ujian kendiri) sama sekali.

Prestasi Klinikal

*Semua lot Whistling test kit telah menjalani ujian prestasi daripad fasiliti ujian tempatan yang dilantik oleh pihak berkuasa.

Klik untuk maklumat terperinci (PDF)

Pengumunan Mengenai Varian Terkini

Kepekaan dan ketepatan ujian Whistling tidak dipengaruhi oleh strain berikut:

  • Alpha (B 1.1.7) from the UK
  • Beta (B.1.351) from South Africa
  • Gamma (P.1) from South America
  • Delta (B.1.167.2)
  • Omicron (B.1.1.529)

Updates @ 14th Dec 2021

Klik untuk maklumat terperinci (PDF)

Ujian Whistling Terdapat Di:

Other participating pharmacies:

Untuk pertanyaan dan pembelian korporat dan pukal, sila hantarkan e-mel kepada kami di [email protected] untuk harga yang lebih bak.